Friday, October 10, 2014

Kiamat

Posted by Unknown  |  at  3:03 PM

Kiamat


Hari Kiamat merupakan hari yang digambarkan sebagai musnahnya seluruh alam dan bumi dan kebangkitan semula. Kiamat berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu قيام yang bermaksud bangkit atau bangun. Sedangkan hari kiamat (kehancuran alam semesta berserta dengan isinya) dalam bahasa Arab adalah "As-Saa’ah". Ia merupakan satu kepercayaan dalam agama samawi, termasuk Yahudi, Kristian dan Islam.

Hari Kiamat dari segi bahasa bermaksud "Hari Kebangkitan Manusia", terdiri daripada 3 suku kata, iaitu:

Yaum (يوم‎) = Hari, masa atau tempoh
Qiyam (قيام‎) = Tegak, bangkit, berdiri
`Ummah (أمة‎) = Umat, bangsa
Dari segi istilah Yaumul Qiyamah sering dimaksudkan dengan hari kiamat (kehancuran alam semesta berserta dengan isinya). Yaumul Qiyamah sama halnya dengan Yawm ad-Din yang bermaksud suatu tempoh (masa) dimana ianya akan terjadi kebangkitan sebuah komuniti umat manusia yang hidup berlandaskan agama Allah (dinullah). Umat ini bangkit 700 tahun sekali dengan diutusnya seorang rasul daripada umat tersebut.

Fase kehidupan selepas Barzakh.
Selanjutnya makhluk menjalani fasa Yawm al-Mahsyar "Hari berkumpul di Mahsyar" kemudian Yawm ad-Din "Hari Penghakiman" (Arab: يوم الدين‎) adalah hari dimana Allah memutuskan segala perbuatan makhluk-Nya. Percaya Hari Akhir juga merupakan salah satu daripada rukun iman bagi penganut agama Islam.

Siri daripada kisah ini menurut pemahaman umum adalah penghancuran dari semua makhluk, kebangkitan makhluk yang telah mati dan penghakiman untuk seluruh makhluk. Waktu dan bila terjadinya hari kiamat tiada sesiapapun makhluk Allah yang mengetahuinya, tetapi Allah telah memberikan tanda-tanda besar[1] dan tanda-tanda kecil[2] yang akan terjadi mendekati waktu Qiyamah (Kehancuran) dan kesemuanya telah direkodkan. Pengadilan terakhir membentuk satu tema utama daripada ayat Qur'an. Banyak ayat-ayat Qur'an, khususnya yang paling awal, didominasikan dengan kisah menjelangnya Hari Kebangkitan.

Nama-nama hari kiamat dalam Islam.

Nama-nama tersebut disebut dalam al-Quran:


1.Yawm al-Qiyāmaṯ يوم القيامة  Hari kebangkitan
2.al-Sā'aṯ الساعة Waktu
3.Yawm al-Akhīr يوم الآخر Hari Akhir
4.Yawm al-Dīn يوم الدين Hari akhir (agama)
5.Yawm al-Faṣl يوم الفصل Hari keputusan
6.Yawm al-Ḥisāb يوم الحساب Hari perhitungan
7.Yawm al-Fatḥ يوم الفتح Hari pengadilan
8.Yawm al-Talāq يوم التلاق            Hari perpisahan
9.Yawm al-Jam'(i) يوم الجمع   Hari pengumpulan
10.Yawm al-Khulūd يوم الخلود            Hari kekekalan
11.Yawm al-Khurūj يوم الخروج Hari Keluar
12.Yawm al-Ba'th يوم البعث Hari Kebangkitan
13.Yawm al-Ḥasraṯ يوم الحسرة Hari penyesalan
14.Yawm al-Tanād يوم التناد            Hari pemanggilan
15.Yawm al-Āzifaṯ يوم الآزفة Hari mendekat
16.Yawm al-Taghābun يوم التغابن Hari terbukanya aib
17.Yawm al-Wa'īd يوم الوعيد
18.Yawm al-Aẕīm اليوم العظيم Hari agung
19.al-Yawm al-Masyhūd اليوم المشهود Hari penyaksian
20.al-Qāri’aṯ              القارعة                        Bencana yang menggetarkan
21.al-Ghāsyiaṯ الغاشية             Bencana yang tak tertahankan
22.al-Ṣākhkhaṯ الصاخة             Bencana yang memilukan
23.al-Tāmmaṯ al-Kubrā الطامة الكبرى Bencana yang melanda
24.al-Ḥāqqaṯ الحاقة Kebenaran besar
25.al-Wāqi'aṯ الواقعة Peristiwa besar

About the Author

Write admin description here..

0 komentar:

Flag Counter
ANTI SYIAH. Powered by Blogger.
© 2013-2015 απ†ι $ψι'αh. Powered by Anti Syiah.
Edited by Anti Syiah
Ping your blog, website, or RSS feed for Free
back to top