Majoos Adalah Agama Penyembah Gunung Berapi
Zulkarnain yang merupakan seorang raja Sassanid yang hidup sezaman dengan Rasulullah. Tetapi Rasullulah membesar pada zaman pasca-kemangkatan raja ini. Zulkarnain sangat terkenal di kalangan pedagang Arab kerana mereka mempunyai hubungan perdagangan dengan empayar Sassanid yang pada ketika itu sedang mengecapi tahap ekonomi paling makmur semasa era pemerintahannya.
Pertanyaan masyarakat Arab kepada Rasulullah tentang Zulkarnain membuktikan raja ini sangat popular di kalangan mereka kerana kehebatannya membina empayar dari segi pertahanan dan ekonomi. Pada zaman Rasulullah, hanya terdapat dua empayar yang mendominasi Asia-Eropah iaitu Roman Byzantine dan Sassanid. Dua kuasa besar ini saling berperang di antara satu sama lain untuk menguasai sumber ekonomi dengan menakluk wilayah-wilayah jajahan baru di sekitar Kaukasus.
Dalam wilayah Kaukasus terdapat satu lapangan gunung berapi monogenetik yang terbentuk ketika Sassanid sedang berperang dengan Byzantine. Lapangan gunung berapi ini terletak dalam kawasan pertanian yang sangat luas dan penduduk di sekelilingnya berkomunikasi dengan bahasa Turki kuno. Zulkarnain menggunakan bahasa Parsi dan ini menyebabkan konflik komunikasi bahasa apabila berhadapan dengan kaum ini yang tinggal dalam kawasan lapangan gunung berapi yang masih dalam fasa pembentukan.
Mengikut sejarah, Zulkarnain ialah di antara individu paling berpengaruh dalam kepercayaan Zoroastrian. Zoroastrian juga dikenali sebagai nama Majusi – satu kepercayaan agama yang menyembah api. Jika anda telah membaca buku saya, anda akan tahu mengapa di sekitar lokasi gunung berapi Yakjuj & Makjuj yang saya temui (dari cerapan Google Earth) merupakan satu kawasan suci dalam kepercayaan Zoroastrian. Jika dalam agama Islam, bandar Mekah dikenali sebagai tanah suci, kawasan gunung berapi Yakjuj & Makjuj ini pula dianggap ‘sacred’ oleh penganut Zoroastrian. Saya bukan pakar teologi tetapi daripada sumber internet dan buku, saya berpendapat penganut agama Zoroastrian atau Majusi sebenarnya adalah penyembah gunung berapi.
Pada zaman kegemilangan Empayar Parsi Tua, kawasan di sekitar gunung berapi ini menjadi tumpuan pembinaan banyak kuil-kuil api Zoroastrian. Dan setiap tahun mengikut kalendar Majusi, para penganut Zoroastrian akan datang ke kawasan ini untuk menunaikan ‘haji’ sama seperti yang diamalkan oleh agama-agama lain. Saya tidak mengatakan Zulkarnain ialah penganut agama Majusi tetapi daripada kajian sejarah, individu ini sangat terkenal sehingga mendapat tempat di dalam teras kepercayaan agama itu. Sama juga seperti orang Kristian yang mengatakan Nabi Isa mencipta agama Kristian atau orang Yahudi yang mengatakan Ezra yang mencipta agama Judasim.
Jadi tidak menghairankan mengapa kordinat yang dikira dari ayat Al-Quran menunjukkan lokasi Yakjuj & Makjuj terletak di sekitar kawasan suci agama Zoroastrian dan juga gunung berapi. Dalam kepercayaan agama Majusi tentang Hari Kiamat mengatakan akan keluar sejenis api dari bawah Bumi yang akan meleburkan semua gunung ganang. Digandingkan dengan Yakjuj & Makjuj sebagai lava gunung berapi yang akan memusnahkan dunia, memang tidak dapat disangkal lagi disitulah terletaknya penutup ‘radma’ yang hanya menunggu masa untuk ditemui.
0 komentar: