Saturday, October 11, 2014

Tempat Roh Di Alam Barzakh

Posted by Unknown  |  at  3:53 PM

Tempat Roh Di Alam Barzakh


Sebagaimana kita ketahui menurut agama Islam,, bahawa manusia itu akan mengalami empat tahap hidup.. Pertama,, hidup dalam alam kandungan... Kedua,, hidup di alam dunia seperti sekarang ini.. Ketiga,, hidup di alam kubur [setelah mati] dan yang keempat,, hidup di alam akhirat [setelah dibangkit dari alam kubur].. Hidup di alam kandungan adalah kehidupan di alam yang sempit,, iaitu sebelum manusia lahir dan waktunya pada kebiasaan adalah 9 bulan di dalam kandungan..


Setelah dilahirkan,, barulah manusia hidup pada tahap yang kedua,, iaitu di alam dunia,, yang tempoh masanya telah ditetapkan Allah swt hingga ia menemui ajalnya.. Setelah ajal datang,, maka manusia mengalami kematian,, roh keluar dari tubuhnya,, dan mulailah menempuh ke tahap ke tiga,, iaitu di alam barzakh [kubur].. Di saat itu,, tempat kediaman roh-roh tadi dalam keadaan yang berbeza-beza.. Ada yang mulia dan terhormat dan ada pula yang sangat hina dan rendah darjatnya..


Adapun tempat kediaman roh-roh di alam barzakh,, yakni sesudah manusia itu mati,, menurut keterangan yang disebutkan dalam hadis nabi saw yang ana catit di bawah ini.

Ada roh yang bertempat tinggal di suatu tempat yang tertinggi sekali [A'la Iliyyin],, dan roh-roh berkumpul dengan kelompok malaikat.. Mereka adalah roh-roh para Nabi.. Namun,, diantara golongan inipun terdapat juga perbezaannya dan ada tingkatannya yang tersendiri sebagaimana yang pernah dilihat Rasulullah saw pada malam Isra' Mi'raj.

Ada roh-roh yang menghuni di tempat peristirehat burung-burung yang bulunya hijau,, sedap mata memandang,, dan roh-roh itu dapat berkeliaran di dalam syurga sesuka hatinya.. Itulah roh-roh orang yang mati syahid yang telah menegakkan kalimah Allah swt,, yang luhur dan mempertahankan ajaran Islam.


Ada roh yang dipenjarakan dipintu syurga,, iaitu sebagaimana yang telah disebutkan dalam suatu hadis Rasulullah saw,:


Raitu Shaahibakum Mahbuusan 'Alaa Baabil Jannati..
"Saya melihat kawanmu itu ditahan di pintu syurga"

Ada roh yang dipenjarakan di dalam kuburnya sendiri,, sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis yang mewartakan bahawa,, orang yang menyembunyikan pakaian rampasan perang,, lalu orang tersebut mati syahid.. Ramai yang mengatakan bahawa orang tersebut pasti mengalami kesenangan dan keenakan kerana dapat ditentukan masuk syurga.. Tetapi Rasulullah saw telah bersabda:

Wal Ladzii Nafsu Biyadihi,, Innasy Syamlatal Latii Ghallahaa Latasyta'ilu 'Alaihi Naarun Fii Qabrihi...
"Demi Dzat yang jiwaku dalam kekuasaan-Nya,, bahawasanya pakaian yang disembunyikan olehnya itu pasti akan menyala menjadi api yang akan membakar dirinya di dalam kuburnya itu"



Ada juga roh yang mendiami bahagian pintu syurga,, sebagaimana telah disebut di dalam sebuah hadis dari ibnu Abbas r.a,, Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:

"Para syuhada itu ada di tepi sungai di pintu syurga dan berada di dalam sebuah kubah yang berwarna hijau.. Mereka memperolehi rezekinya dari syurga di waktu pagi dan petang.."

Ada pula roh manusia yang dipenjarakan di dalam bumi dan tidak dapat naik ke atas,, sebab ia adalah roh yang hina.. Maka,, sangat wajar menetap hanya di dalam tanah sahaja.. Roh yang sedemikian itu tidak dapat berkumpul dengan roh yang lainnya yang mulia dan terhormat yang ada di atas langit.

Hal ini terjadi kerana sewaktu di dunia,, ia tidak berkumpul sama dengan para alim ulama serta golongan mulia lainnya.. Jadi,, pada hakikatnya manusia setelah mati,, tempat kediaman rohnya akan berkumpul dengan golongannya sendiri-sendiri,, iaitu,, yang mulia berkumpul bersama yang mulia,, dan yang hina hanya berkumpul dengan yang hina dan rendah darjatnya.

Begitu pula dengan roh yang berenang di sungai yang berair darah dan bersama-sama menelan batu..
Dan ada lagi roh yang berdiam diri di tempat yang panas dan berada di atas tungku api.. Inilah ahli-ahli yang PENZINA,, baik lelaki mahupun wanita,, ia akan dikumpulkan disini sehingga menunggu hari kiamat datang.

Itulah antara lain mengenai tempat-tempat kediaman roh setelah manusia mati dan berada di dalam tahanan di alam barzakh.. Selain it,, sebenarnya masih ada pula keterangan hadis dan riwayat-riwayat lain yang mengemukakan tenteang tempat kediaman roh-roh.. Tetapi,, perlu kita ketahui,, sekalipun roh itu ada di dalam syurga,, ada di atas langit,, tetap juga dapat berhubungan dengan tubuhnya di dunia sebab roh itu memang lebih cepat gerak langkah nya baik dalam naik turun kemana saja mahupun berpindah ke satu tempat yang lansung tidak mampu di jangkau oleh kelajuan pesawat ciptaan dunia... Dan semua roh-roh  itu ada yang dalam kategori menang,,, dan ada yang dipenjarakan... Wallahua'lam.

Tagged as: ,
About the Author

Write admin description here..

0 komentar:

Flag Counter
ANTI SYIAH. Powered by Blogger.
© 2013-2015 απ†ι $ψι'αh. Powered by Anti Syiah.
Edited by Anti Syiah
Ping your blog, website, or RSS feed for Free
back to top