Latest Posts
Showing posts with label Yakjuj & Makjuj. Show all posts

Friday, October 10, 2014

Ya’juj dan Ma’juj

http://antisyiah12.blogspot.com/2014/10/yajuj-dan-majuj-yajuj-dan-majuj-yakjuj.html

Ya’juj dan Ma’juj / Yakjuj dan Makjuj / (Bahasa Arab: يأجوج و مأجوج‎) atau Gog dan Magog dalam tradisi Ibrani (Yahudi, גוג ומגוג) adalah sebutan yang muncul dalam kitab suci umat Islam, al-Quran serta kitab-kitab agama lain mengenai sekelompok manusia yang memiliki kekuatan sebagai perosak dan penghancur kehidupan di muka bumi.

Ya’juj dan Ma’juj dalam tradisi keagamaan digambarkan dalam istilah yang tidak jelas. Ada yang menyebutnya sebagai manusia, mahkluk berbentuk raksasa, suatu bangsa atau negeri. Ya’juj dan Ma’juj juga muncul dalam banyak mitos dan cerita rakyat di banyak negara. Walau bagaimanapun, Ya'juj dan Ma'juj seringkali disebut sebagai Gog dan Magog di Dunia Barat. Ya'juj dan Ma,juj sebenarnya adalah manusia,perwatakan ganas, membuat kerosakan, menjahanankan tamadun yang mereka serang, mengambil makanan tuaian, membunuh, merogol, mereka bergerak dari kawasan utara Asia dan timur Eropah ke selatan dan dari tengah Asia ke barat Eropah.

Yakjuj dan Makjuj dalam agama Islam.

Yakjuj dan Makjuj tinggal di antara dua gunung
   “ Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka (Zulkarnain) tidak dapat memahami perkataan. (Surah Al-Kahfi : 93) ”

Yakjuj dan Makjuj melakukan kerosakan di bumi
   “  Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" (Surah Al-Kahfi : 94)

Zulkarnain telah menahan Yakjuj dan Makjuj
   “ Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.
Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya".

Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.(Surah Al-Kahfi : 95 - 97)

Yakjuj dan Makjuj akan keluar kembali
    “ (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar". (Surah Al-Kahfi : 98)[4] ”
Dinding Zulkarnain menahan Yakjuj dan Makjuj telah terbuka
Dari Zainab binti Jahsy :

    “ Bahawa Rasulullah bangun dari tidurnya sambil bersabda: Laa ilaaha illallah, celakalah orang-orang Arab kerana suatu bencana akan terjadi, iaitu hari ini dinding menahan Yakjuj dan Makjuj telah terbuka sebesar ini. Dan Sufyan (perawi hadis ini) melingkarkan jarinya membentuk angka sepuluh (membuat lingkaran dengan jari telunjuk dan ibu jari). Aku (Zainab binti Jahsy) bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kita semua akan binasa padahal di antara kita banyak terdapat orang-orang saleh? Beliau menjawab: Ya, jika banyak terjadi kemaksiatan.
(Hadis Riwayat Muslim)[5] ”
Yakjuj dan Makjuj turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi
Dikhabarkan di dalam Al Quran bahawa Yakjuj dan Makjuj akan turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.

     “ (Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.
Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): "Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri". (Surah Al-Anbiyaa’ : 96 - 97).

Dajjal,Yakjuj Makjuj,Nabi Isa dan Juga Imam Mahdi

Yakjuj dan Makjuj ialah nama samaran bagi satu bangsa manusia yang berasal dari keturunan Nabi Nuh, iaitu anaknya yang bernamaYafis. Dari segi fizikalnya, mereka mempunyai hidung kemek, mata sepet seperti orang Asia dan makan apa saja binatang boleh dimakan. Zulkarnain telah membina tembok bagi mengepung mereka.

Al-Kahfi [94] Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?

Yakjuj dan Makjuj tidak dapat keluar dari tembok itu. Tembok itu tidak dapat di tebuk sehinggalah tiba perintah Allah:
Kemudian Allah SWT wahyukan kepada Nabi Isa a.s., “Aku telah lepaskan makhlukKu (Yakjuj dan Makjuj) yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Oleh itu bawalah hamba-hamba Ku yang bersamamu itu berlindung di Bukit Thursina.”
Lalu Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj, dan mereka akan menggelongsor dari tiap-tiap tempat yang tinggi.”

Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung di bukit itu , sehingga seekor kepala lembu menjadi lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu (sehingga kekurangan makanan).
Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah mengirim ulat menyerang leher Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya bergelimpangan mati sekaligus.
Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang walaupun sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah,
Kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti cermin (kaca).
Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; “Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!” Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya.
Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat.

DAJJAL

Siapakah Dajjal?
Dajjal ialah seorang pemuda, berambut kerinting dan sebelah matanya tersembul. (buta sebelah). Dajjal itu dari bangsa Yahudi dan pengikutnya juga terdiri dari 70,000 bangsa Yahudi.
Di mana keluarnya Dajjal?
Dia akan muncul (dikenali) di antara Sham dan Iraq dan melakukan kemusnahan di serata tempat yang ia sampai.

Dakwaan Dajjal sebagai tuhan

Dajjal akan mendakwa dialah tuhan dengan menunjukkan bukti-bukti seperti dihidupkan orang mati setelah dipotong dua badannya. Dajjal akan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai tuhan menjadi mewah dan makmur. Dan kampung orang yang enggan menerima dakwaanya menjadi susah meleset. Namun orang yang kuat imannya akan berkata “kamulah Dajjal”.

Makanan Mukmin di zaman Dajjal
Pada masa itu orang mukmin yang enggan mengakui dakwaan Dajjal sebagai tuhan disekat bekalan makanan (tanah mereka terbiar, kering kongtang dan tiada tumbuhan untuk dimakan). Namun mereka tetap kenyang dengan bertasbih iaitu berzikir dengan mengucapkan “Subhanallah“. Seperti dalam hadith Nabi s.a.w:

Makanan orang Mukmin pada zaman Dajjal adalah makanan para malaikat, yakni memuliakan dan mensucikan Allah. Barangsiapa di zaman itu memuliakan dan mensucikan Allah, maka baginya, Allah akan menghilangkan kelaparan.

Berapa lama Dajjal bermaharajalela?
Dalam hadis diceritakan:

Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, berapa lama ia bermaharajalela di bumi?
Baginda s.a.w. menjawab “Empat puluh hari – Hari yang pertama: panjangnya seperti setahun. Hari yang kedua: panjangnya seperti sebulan. Hari yang ke tiga : panjangnya seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain: seperti hari-hari kamu yang biasa”
Kami bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, bagi satu hari yang seperti satu tahun, adakah sembahyang sehari semalam memadai?”
Baginda s.a.w. bersabda, : “Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu mengikut kadar masa yang biasa kamu lakukan.”

Gelaran Al Masih
Semasa Dajjal bermaharajalela, Allah akan menghantar Nabi Isa Al-Masih turun di menara putih di timur Damsyik (Syria). Dajjal juga dikenali dengan Al Masih, yang bermaksud banyak berjalan, Dajjal banyak berjalan untuk menyesatkan manusia. Dajjal dan pengikutnya tidak boleh memasuki Mekah dan Madinah kerana kedua bandar suci ini dikawal oleh malaikat setiap kali mereka menuju ke sana, dipusingkan badan mereka ke arah lain.
Pada masa itu juga berlaku “zalzalah” (gempa bumi) sehingga ada penduduk Madinah yang tidak tahan lalu keluar dari situ. Akhirnya mereka menjadi mangsa Dajjal.
Seperti ditulis sebelum ini, Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa yang akan turun selepas Imam Mahdi

Siapakah bangsa Ya'juj dan Ma'juj itu? Dalam video ini kita akan mengupas tentang Ya'juj dan Ma'juj yang merupakan salah satu tanda besar kiamat.

Dalam Sahih Bukhari dan Muslim dituliskan bahwa Nabi berkata:

"Allah berkata kepada Nabi Adam, "Wahai Adam." Adam pun menjawab, "Labbaik wa sa'daik (Aku penuhi panggilan-Mu dan seruan-Mu)." Allah berkata, "Keluarkanlah dari anak cucumu delegasi neraka." Beliau bertanya, "Wahai Tuhan apa yang dimaksudkan dengan delegasi neraka?" Allah menjawab, "Dari setiap 1000 orang, ada 999 yang masuk neraka, hanya satu saja yang masuk surga." Orang-orang pun kaget ketika Nabi menyampaikan hadis ini. Lantas, mereka bertanya, "Wahai Rasulullah siapakah di antara kami yang menjadi satu orang tersebut?" Beliau menjawab, "Bergembiralah, karena kamu berada diantara dua golongan. Tidaklah dua golongan itu bercampur dengan golongan yang lain melainkan akan memperbanyaknya, itulah Yakjuj dan Makjuj.

Siapakah bangsa Ya'juj dan Ma'juj itu?

Thursday, October 9, 2014

Majoos Adalah Agama Penyembah Gunung Berapi
Zulkarnain yang merupakan seorang raja Sassanid yang hidup sezaman dengan Rasulullah. Tetapi Rasullulah membesar pada zaman pasca-kemangkatan raja ini. Zulkarnain sangat terkenal di kalangan pedagang Arab kerana mereka mempunyai hubungan perdagangan dengan empayar Sassanid yang pada ketika itu sedang mengecapi tahap ekonomi paling makmur semasa era pemerintahannya.
Pertanyaan masyarakat Arab kepada Rasulullah tentang Zulkarnain membuktikan raja ini sangat popular di kalangan mereka kerana kehebatannya membina empayar dari segi pertahanan dan ekonomi. Pada zaman Rasulullah, hanya terdapat dua empayar yang mendominasi Asia-Eropah iaitu Roman Byzantine dan Sassanid. Dua kuasa besar ini saling berperang di antara satu sama lain untuk menguasai sumber ekonomi dengan menakluk wilayah-wilayah jajahan baru di sekitar Kaukasus.

Dalam wilayah Kaukasus terdapat satu lapangan gunung berapi monogenetik yang terbentuk ketika Sassanid sedang berperang dengan Byzantine. Lapangan gunung berapi ini terletak dalam kawasan pertanian yang sangat luas dan penduduk di sekelilingnya berkomunikasi dengan bahasa Turki kuno. Zulkarnain menggunakan bahasa Parsi dan ini menyebabkan konflik komunikasi bahasa apabila berhadapan dengan kaum ini yang tinggal dalam kawasan lapangan gunung berapi yang masih dalam fasa pembentukan.

Mengikut sejarah, Zulkarnain ialah di antara individu paling berpengaruh dalam kepercayaan Zoroastrian. Zoroastrian juga dikenali sebagai nama Majusi – satu kepercayaan agama yang menyembah api. Jika anda telah membaca buku saya, anda akan tahu mengapa di sekitar lokasi gunung berapi Yakjuj & Makjuj yang saya temui (dari cerapan Google Earth) merupakan satu kawasan suci dalam kepercayaan Zoroastrian. Jika dalam agama Islam, bandar Mekah dikenali sebagai tanah suci, kawasan gunung berapi Yakjuj & Makjuj ini pula dianggap ‘sacred’ oleh penganut Zoroastrian. Saya bukan pakar teologi tetapi daripada sumber internet dan buku, saya berpendapat penganut agama Zoroastrian atau Majusi sebenarnya adalah penyembah gunung berapi.

Pada zaman kegemilangan Empayar Parsi Tua,  kawasan di sekitar gunung berapi ini menjadi tumpuan pembinaan banyak kuil-kuil api Zoroastrian. Dan setiap tahun mengikut kalendar Majusi, para penganut Zoroastrian akan datang ke kawasan ini untuk menunaikan ‘haji’ sama seperti yang diamalkan oleh agama-agama lain. Saya tidak mengatakan Zulkarnain ialah penganut agama Majusi tetapi daripada kajian sejarah, individu ini sangat terkenal sehingga mendapat tempat di dalam teras kepercayaan agama itu. Sama juga seperti orang Kristian yang mengatakan Nabi Isa mencipta agama Kristian atau orang Yahudi yang mengatakan Ezra yang mencipta agama Judasim.
Jadi tidak menghairankan mengapa kordinat yang dikira dari ayat Al-Quran menunjukkan lokasi Yakjuj & Makjuj terletak di sekitar kawasan suci agama Zoroastrian dan juga gunung berapi. Dalam kepercayaan agama Majusi tentang Hari Kiamat mengatakan akan keluar sejenis api dari bawah Bumi yang akan meleburkan semua gunung ganang.  Digandingkan dengan Yakjuj & Makjuj sebagai lava gunung berapi yang akan memusnahkan dunia, memang tidak dapat disangkal lagi disitulah terletaknya penutup ‘radma’ yang hanya menunggu masa untuk ditemui.

Telaga Lumpur Dalam Kisah Zulkarnain

Dalam kajian Yakjuj & Makjuj, lokasi kawasan telaga lumpur yang pernah dilalui oleh Zulkarnain juga penting untuk dijadikan sebagai bahan kajian lanjutan. Pada pengamatan saya, tiada pengkaji yang memberi perhatian untuk menyelidik di manakah terletaknya kawasan telaga lumpur yang disebut dalam surah Al-Kahfi ayat  86. Untuk mengetahui lokasinya, kita perlu mengenal pasti apakah nama empayar Zulkarnain.

Dalam surah Al-Kahfi dari ayat 83 sehingga 98, Al-Quran menceritakan kepada kita tentang kisah seorang raja yang dikurniakan dengan kuasa pemerintahan dan kekayaan oleh Tuhan. Raja ini digelarkan oleh masyarakat Arab sebagai ‘tanduk dua’ atau Zulkarnain. Kisah Zulkarnain bermula dari ayat Al-Quran di bawah : -

Mereka menanyakan kamu mengenai Zulkarnain. Katakanlah, “Aku akan membacakan kamu satu peringatan mengenainya.” – (18 : 83)

Ayat Al-Quran ini diturunkan untuk menjawab pertanyaan sebahagian masyarakat Arab kepada Rasulullah yang bertanyakan tentang seorang raja. Masyarakat Arab yang bertanyakan soalan ini mempunyai pengalaman menjalankan aktiviti perdagangan dengan empayar Zulkarnain. Oleh kerana itu mereka mengenali Zulkarnain melalui kepesatan ekonomi empayarnya yang turut dinikmati oleh para pedagang Arab.

Pada zaman Rasulullah, hanya terdapat dua empayar yang berdekatan dengan semenanjung Arab dan kedua-duanya saling berperang di antara satu sama lain. Nama empayar ini tidak disebut dalam Al-Quran melainkan satu sahaja iaitu Roman Byzantin.

“Telah dikalahkan orang-orang Rom. Di negeri paling rendah dan mereka setelah kekalahan itu akan mengalahkan lawannya.” – (30 : 2-3)

Ayat Al-Quran di atas menceritakan tentang kekalahan Roman Byzantin, selepas empayar Sassanid berjaya menawan Jerusalem dan Damascus pada tahun 614 Masihi. Dan Tuhan memberi berita gembira kepada orang-orang beriman pada zaman Rasullulah bahawa Sassanid akan ditewaskan semula oleh Roman Byzantine dalam masa 10 tahun.
“Dalam masa kurang sepuluh tahun. Kepada urusan Tuhanlah kembali segala urusan sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya dan pada ketika berlakunya itu orang-orang yang beriman akan bergembira.” – (30 : 4)

Mengikut kajian sejarah, Jeneral Heraclius berjaya menewaskan Khosrau II pada tahun 624 Masihi dan menawan semula kawasan empayar Roman Byzantin yang diduduki oleh Sassanid sebelum itu. Ini bermakna Zulkarnain ialah raja dari salah satu empayar ini dan hanya raja Sassanid sahaja yang mempunyai ciri-ciri bertanduk dua pada topi mereka. Lagi pun, empayar Sassanid lebih dekat dengan semenanjung Arab berbanding Roman Byzantin dan secara logiknya hal-ehwal empayar Sassanid lebih banyak diketahui oleh masyarakat Arab.

Zulkarnain tidak pernah hidup semasa Al-Quran diturunkan kerana Zulkarnain telah mangkat ketika Rasulullah masih kanak-kanak. Penggantinya semasa surah Ar-Rum diturunkan ialah Khosrau II – raja Sassanid terakhir sebelum kejatuhan empayar Sassanid kepada Arab.
Jika diteliti dari kisah Zulkarnain, Al-Quran menceritakan tentang satu kawasan telaga lumpur yang dilalui oleh Zulkarnain.
“Sehingga apabila dia tiba di tempat terbenam Matahari, dia mendapati ia membenam ke dalam telaga lumpur dan dia mendapati satu kaum di situ.” – (18 : 86)
Jadi lokasi kawasan telaga lumpur ini mestilah terletak di Kaukasia dan dengan merujuk peta empayar Zulkarnain kita boleh anggarkan ianya terletak di Azerbaijan. Negara ini pernah menjadi sebahagian daripada empayar Sassanid pada suatu masa dahulu dan hari ini Azerbaijan juga terkenal dengan mud tourism. Ribuan pelancong dari seluruh dunia akan berkunjung ke Azerbaijan setiap tahun untuk melihat fenomena gunung berapi lumpur (mud volcano).
telaga lumpur Azerbaijan

Mengikut wikipedia, terdapat 400 buah gunung berapi lumpur di Azerbaijan iaitu separuh dari jumlah yang wujud di atas Bumi. Jadi tidak mustahil untuk mengandaikan telaga lumpur yang diceritakan dalam (18 : 86) hari ini terletak di Azerbaijan kerana : -
1.Azerbaijan pernah menjadi kawasan jajahan empayar Sassanid sebelum abad ke-7.
2.Azerbaijan merupakan negara yang paling banyak mempunyai telaga lumpur dan gunung berapi lumpur.

Flag Counter
ANTI SYIAH. Powered by Blogger.
© 2013-2015 απ†ι $ψι'αh. Powered by Anti Syiah.
Edited by Anti Syiah
Ping your blog, website, or RSS feed for Free
back to top